Dalam 4 minit, anak-anak akan seronok patuh arahan anda secara sukarela. InsyaAllah.
Good Rizqi adalah gabungan kaedah parenting Islamik & Moden yang dipraktikkan menggunakan aplikasi khas di telefon pintar anda.
8800
Ibu bapa kini lega & tenang.
15630
Anak-anak kini seronok buat baik.
452462
Kebaikan dah berjaya dicapai bersama.
Lihat apa kata PU Hafiz.
Alhamdulillah. Anak beliau jadi lebih bersemangat untuk hafaz Al Quran tanpa disuruh.
Kenapa membebel buat anak jadi makin tak dengar cakap? Kenapa kaedah kami lebih berkesan?
Anak anda sukar dengar cakap & tiada semangat nak buat baik kerana mereka tidak dapat lihat matlamat dan juga hasil tingkah laku mereka secara visual.
Mereka buat baik, anda hanya sekadar puji & janji nak bagi ganjaran secara lisan. Mereka buat tak baik, anda marah, ugut & bebel.
Cara itu tidak berkesan kerana ianya semua secara lisan, bukan visual.
Jika anak-anak dipaparkan dengan carta visual yang berkesan, terbukti mereka jadi seronok buat baik dan patuh cakap sepantas 4 minit saja.
Bagaimana anak boleh jadi seronok buat baik tanpa dipaksa?
Setkan Ganjaran sebagai matlamat untuk anak anda capai.
Anak Anda Lihat Matlamat & Tahap Tingkah Laku Mereka Secara Visual.
Motivasi Anak Anda Akan Naik Secara Mendadak.
Mereka Akan Seronok Buat Baik & Elakkan Buat Perangai.
No bebel.
Anak seronok patuh arahan.
No Marah.
Anak berhenti buat perangai.
No Ugut.
Anak sukarela buat baik.
Lihat apa kata Dr Norzila.
Dr Norzila merupakan seorang Doktor, Lecturer dan Penulis banyak buku berkaitan Psikologi Kanak-kanak.
Muslim.
Kaedah ni sesuai untuk yang beragama Islam.
3 - 12 tahun.
Sesuai untuk yang berumur 3 ke 12 tahun.
Faham Arahan.
Untuk yang boleh bercakap & faham arahan.
Ini antara masalah yang boleh diatasi dengan Kaedah Good Rizqi.
Malas Belajar.
Anak insyaAllah akan jadi rajin belajar dengan sukarela.
Susah Nak Mandi.
Anak insyaAllah akan jadi mudah bila ajak mandi.
Kuat Nangis.
Anak insyaAllah akan cakap baik-baik bila nak sesuatu.
Malas Sekolah.
Anak insyaAllah akan jadi rajin nak ke sekolah.
Susah Nak Fokus.
Anak insyaAllah akan jadi lagi fokus bila buat sesuatu.
Ketagih Gadget.
Anak insyaAllah akan jadi terkawal dalam main gadget.
Susah Nak Makan.
Anak insyaAllah akan jadi lebih semangat nak cuba makanan.
Kerap Bergaduh.
Anak insyaAllah akan jadi lebih bertolak ansur dengan adik.
Kuat Tantrum.
Anak insyaAllah akan berhenti mengamuk dengan mudah.
Suka Berlengah.
Anak insyaAllah akan lagi cepat buat sesuatu kerja.
Malas Solat.
InsyaAllah anak akan jadi lebih rajin untuk solat.
BUKAN SEKADAR APLIKASI.
Ia berkesan asbab Kaedah Khas + Aplikasi Carta Visual.
Kami di Good Rizqi ajarkan anda Kaedah yang dah terbukti berkesan untuk dipraktikkan guna Aplikasi Carta Visual ini.
Apakah asas cara guna Carta Visual Good Rizqi?
INI CONTOH CARTA VISUAL ADIK AMINA.
Anak anda juga nanti akan ada Carta Visual seperti ini.
DIA AKAN BERMULA DI PETAK MULA.
Matlamat utama anak anda adalah untuk naik ke Istana atas sekali untuk dapatkan Daily Reward dia.
SIAPA YANG SETKAN DAILY REWARD NI?
Anda yang perlu bagi Daily Reward ni pada anak-anak. Ia harus disetkan ikut minat anak anda.
Kalau dia sekarang ni terlalu minat tengok Youtube, jadikan itu sebagai Daily Reward dia.
Daily Reward yang berbentuk aktiviti adalah lebih digalakkan dari berbentuk material.
KITA TAWARKAN SENYUM BILA NAK MINTA DIA BUAT SESUATU KEBAIKAN.
Contoh : "Mina kemas mainan ni, Papa bagi 3 Senyum".
Lepas dia selesai buat, anda tunjuk pada dia yang anda tekan Senyum tu 3 kali.
3 SENYUM = NAIK 3 LANGKAH KE ATAS. 1 SENYUM = NAIK 1 LANGKAH KE ATAS.
ADAKAH SEMUA KEBAIKAN PERLU DITAWARKAN SENYUM?
Bukan semua perkara wajib ditawarkan Senyum, anda kena bijak bab ni.
Tawarkan Senyum HANYA pada aktiviti yang selama ni anak anda memang berat nak buat.
Lagi sukar aktiviti tu, lagi banyak jumlah Senyum perlu ditawarkan.
Anggap Senyum ni sebagai Motivation Booster untuk anak anda.
JIKA ANAK KITA BUAT KESILAPAN, KITA BAGI DIA IKON MARAH.
Kesilapan ni termasuklah segala perkara yang buat anda rasa nak marah, bebel atau ugut.
Jangan marah, bebel atau ugut, anda hanya perlu bagi ikon Marah dalam Good Rizqi.
1 MARAH = TURUN 1 LANGKAH KE BAWAH.
ADA KAEDAH KHUSUS UNTUK BAGI MARAH.
Kami ada ajarkan sekali SOP khas sebelum anda berikan Marah ni.
SOP ni ada kami ajarkan dalam video di bawah bahagian Tutorial ini.
KALAU DIA NAIK SAMPAI ISTANA ATAS SEKALI, DIA AKAN DAPAT DAILY REWARD.
Daily Reward ni perlu diberikan serta merta pada dia bila dia capai Istana.
Dalam contoh ni, Amina dapat tengok Youtube Kids selama 30 minit.
SETIAP KALI CAPAI DAILY REWARD, DIA AKAN DAPAT 1 STAR.
Anak anda boleh kumpul 50 stars dan dia akan dapat Ultimate Reward pula.
Ultimate Reward ni juga anda yang perlu set dan bagi pada dia.
Ia semestinya sesuatu yang lebih bernilai besar dari Daily Reward sebab anak anda perlu usaha kumpul 50 stars untuk terima ganjaran ni.
KALAU DIA TURUN SAMPAI KE PENJARA BAWAH, DIA PERLU ISTIGHFAR BERSAMA ANDA.
'Denda' yang kita gunakan adalah Istighfar bersama kita pakai Tasbih Digital khas Good Rizqi.
Jumlah Istighfar ni berbeza mengikut umur anak anda.
SETIAP KALI MASUK PENJARA, 1 STAR DIA AKAN DITOLAK.
Jadi Stars ni bukan saja boleh menaik, ia juga boleh menurun mengikut tingkah laku anak kita.
Mereka akan sentiasa alert tentang ni kerana matlamat mereka yang lebih besar pastinya untuk capai Ultimate Reward mereka.
BILA DAH MASUK ISTANA ATAU PENJARA, CARTA VISUAL AKAN KEMBALI KE PETAK MULA.
Ulang saja proses ni setiap hari. Ia semudah itu saja.
Ada kaedah khusus untuk berikan Marah atau Senyum ni, pastikan anda tonton video di bawah ni untuk belajar SOP yang kami sediakan.
Tapi, ini 'Secret Recipe' yang jadi asbab kaedah ni sangat berkesan.
Kalau anda serius nak perubahan luar biasa anak anda dengan Good Rizqi ni, anda wajib tonton video ini.
Perubahan memang serta-merta, tapi secara long term, apa akan jadi kalau stop pakai kaedah ni?
Setiap saat anda praktikkan kaedah ni sebenarnya secara tak langsung akan membentuk diri anak anda ke arah yang lebih baik.
Jika anak anda dah terbiasa buat kebaikan dan dia rasa dihargai, ia insyaAllah akan jadi sebahagian dari diri dia di masa depan nanti.
Walaupun anda berhenti gunakan kaedah ni, asalkan anda teruskan menghargai anak-anak setiap hari, tiada masalah pun.
Good Rizqi ni hanyalah satu 'tool' saja, tapi kunci sebenarnya ada pada anda sebagai ibu bapa.
Kenapa Carta Visual kami sangat memotivasikan anak anda?
Ia dicipta dan disusun supaya boleh difahami oleh budak seawal 3 tahun, hanya dengan sekali pandang. Tanpa perlu mereka banyak fikir.
Setiap susunan visual dalam carta ini telah kami uji berkali-kali selama hampir 6 bulan.
Ikon Senyum tu sendiri ibarat satu suntikan motivasi dan sangat positif untuk emosi kanak-kanak. Mereka akan sedaya upaya cuba dapatkan Senyum & elakkan Marah.
Anak terus faham ikon Senyum itu perkara baik & Marah itu tidak baik.
Perbezaan dari tiada warna hingga ada warna bila anak anda capai ke atas, ia sangat beri kepuasan secara visual kepada mereka. Ia memotivasikan mereka.
Anak perlu naik ke atas untuk lihat Carta Visual menjadi berwarna sepenuhnya.
Ia secara visual akan berikan impak kepada emosi anak-anak. Mereka secara visual nampak di mana tahap tingkah laku mereka. Ditambah dengan ada gambar mereka di Carta Visual itu, ia lebih memberi kesan.
Lagi ke bawah, lagi suram & menakutkan. Lagi menaik, visual lagi ceria dan menarik.
Bila kita nak buat sesuatu tanpa faham apa matlamat yang ingin dicapai, kita jadi tak bersemangat. Begitu juga anak kita, bila matlamat itu jelas dipaparkan secara visual, ia sangat memotivasikan!
Gambar Daily Reward sentiasa dipaparkan di atas. Anak sentiasa jelas apa matlamat mereka.
Kanak-kanak biasanya mudah terpengaruh dengan apa yang rakan sebaya dia buat. Bila dia nampak rakan-rakan dia dapat Stars, dia akan turut terpengaruh untuk turut serta kejar Stars dia.
Bila ada anak-anak Good Rizqi lain dapat Star, ia akan dipaparkan untuk memotivasikan anak anda.
Kita nak didik anak kita dari kecil yang apa saja kebaikan yang kita buat mestilah kerana Allah swt. InsyaAllah kehidupan anda sekeluarga akan lebih diberkatiNya.
Anak sentiasa diingatkan dengan niat utama kita buat kebaikan adalah kerana Allah swt.
Carta Good Rizqi juga ibarat simulasi 'Pahala' & 'Dosa' secara Visual.
Antara hikmah Allah swt cipta Pahala & Dosa adalah kita jadi seronok untuk buat kebaikan dan jadi takut untuk buat keburukan.
Tapi sejauh mana anak-anak kita faham konsep Pahala & Dosa ni?
Good Rizqi boleh dijadikan satu platform untuk kita mengajar anak kita satu simulasi seakan 'Pahala' & 'Dosa'.
Buat kebaikan, kita bagi 'Senyum'. Ingatkan juga pada mereka yang Allah swt akan berikan Pahala & ada ganjarannya.
Buat keburukan, kita bagi 'Marah'. Ingatkan juga pada mereka Allah swt akan berikan Dosa & ada balasannya.
Good Stories - Perlihatkan contoh tingkah laku yang baik untuk anak anda.
Good Stories adalah fungsi tambahan yang ada dalam Good Rizqi dimana ibu bapa boleh post gambar-gambar kebaikan mahupun pencapaian positif anak-anak mereka.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk saling memotivasikan anak-anak dalam Good Rizqi dengan contoh tingkah laku yang baik.
Bila anak kita lihat ramai rakan-rakan dia buat pelbagai kebaikan, secara automatik mereka akan rasa seronok nak turut serta. InsyaAllah.
Ianya praktikal.
Kaedah ini tidak ada banyak komponen dan 'rules' yang perlu anda patuh. Ia semudah Marah vs Senyum saja.
Ianya digital.
Anda sentiasa boleh akses Carta Visual ini dimana-mana saja melalui telefon pintar anda.
Ianya flexible.
Anda boleh gunakan kaedah ini untuk pelbagai situasi, sama ada untuk galakkan kebaikan atau hentikan keburukan.
Anak anda akan faham erti berusaha untuk dapatkan sesuatu.
Jika sebelum ni anak anda boleh dapat apa saja hanya dengan meminta, lepas ni mereka faham jika nak dapatkan Daily Reward, mereka perlu usaha dengan buat kebaikan dan patuh arahan anda.
Anak anda akan rasa bertanggungjawab dengan tindakan mereka sendiri.
Jika buat tak baik, mereka sedar ia tidak membawa manfaat. Mereka akan makin jauh dari Rewards, malah akan perlu beristighfar lagi.
Jika buat baik, mereka faham ada ganjaran yang bakal mereka terima.
Anak anda akan lebih hargai ganjaran yang mereka terima.
Selama ini mereka dapat sesuatu dengan mudah, mereka kurang hargai ganjaran yang diterima. Lepas ni, mereka akan sangat hargai setiap kali capai Daily mahupun Ultimate Reward mereka.
Anak anda akan ada ruang untuk buat kesilapan.
Anak kita bukan robot, mereka tetap akan buat kesilapan. Tapi bukan semua kesilapan itu perlu berakhir dengan denda.
Dalam Good Rizqi, bila mula di petak Mula, mereka ada ruang 3 kali buat kesilapan sebelum di denda.
Anak anda akan usaha untuk buat baik lebih banyak dari buat tidak baik.
Dari petak Mula, untuk capai Daily Rewards, mereka perlu naik 9 langkah ke atas. Untuk kena denda, mereka ada 3 saja langkah untuk didenda.
Jadi mereka akan faham, kita takkan jadi sempurna tapi pastikan kebaikan jauh lagi banyak dari keburukan.
Anak anda akan faham tindakan hari ni akan menentukan hasilnya di masa depan.
Setiap kali capai Daily Reward, anak anda akan kumpul 1 Star. Cukup 50 Stars, dia dapat Ultimate Reward pula. Bila kena denda, 1 Star akan ditolak.
Cepat atau lambat Ultimate Reward tu dicapai bergantung pada tindakan harian mereka. Jadi ia mengajar mereka yang apa saja tindakan hari ni akan menentukan hasilnya di masa depan.
Anak anda akan faham bila buat silap, mereka perlu mohon keampunan dari Allah swt.
Denda Istighfar dalam Good Rizqi sangat bernilai dalam mendidik anak kita. Mereka akan faham yang bila melawan cakap ibu bapa, mereka sebenarnya berdosa dengan Allah swt dan perlu mohon keampunan.
Anak anda akan mula faham erti limit bila dia buat perangai.
Kalau dulu dia boleh buat perangai dari pagi sampai malam, kali ni dia akan lihat Carta Visual itu sebagai limit dia.
Bila dia dah makin mendekati Penjara bawah tu, dia secara auto akan perbaiki tingkah laku dia.
Bila dia rasa dia dah makin lama tak dapat Daily Reward dia, dia akan mula usaha buat baik untuk capai ke Istana pula.
Jom lihat feedbacks ibu bapa lain.
Hampir setiap hari kami ada terima pelbagai feedback dari ibu bapa yang menggunakan Good Rizqi.
SWIPE KE KANAN.
Ni antara perubahan yang anda akan alami sebagai ibu bapa. InsyaAllah.
SEBELUM
Letih terpaksa bebel suruh benda sama setiap hari.
SELEPAS
Cakap sekali je anak dah faham & terus buat.
SEBELUM
Anak seperti makin renggang dengan kita.
SELEPAS
Anak makin rapat dengan kita walaupun dah besar nanti.
SEBELUM
Bila malam je, emosi dah cukup letih & serabut.
SELEPAS
Bila malam je, masih tenang & rasa lapang.
SEBELUM
Banyak bergaduh dengan suami/isteri sebab anak.
SELEPAS
Lebih bahagia bersama bila tak bergaduh pasal anak.
SEBELUM
Malu dengan orang sekeliling bila anak tantrum.
SELEPAS
Rasa lega anak berhenti tantrum tanpa perlu anda marah pun.
SEBELUM
Rasa bersalah bila terpaksa marah & pukul anak.
SELEPAS
Rasa gembira bila tak perlu lagi marah atau pukul anak.
SEBELUM
Rasa risau dengan perkembangan anak yang kerap malas.
SELEPAS
Rasa lega bila lihat perkembangan anak yang makin rajin.
SEBELUM
Rasa seperti anak dah hilang hormat pada kita sebagai ibu/bapa.
SELEPAS
Rasa dihormati walaupun tanpa perlu tinggi suara mahupun jadi garang.
SEBELUM
Rasa sangat letih fizikal uruskan hal rumah tanpa bantuan anak-anak.
SELEPAS
Rasa lega bila anak-anak turut sukarela bantu buat kerja rumah bersama.
SEBELUM
Rasa seperti tiada masa langsung untuk diri sendiri.
SELEPAS
Rasa gembira bila ada lebih masa untuk diri sendiri.
BERAPAKAH NILAI SEMUA PERUBAHAN NI UNTUK ANDA SEKELUARGA?
"Idea Good Rizqi ni asalnya dari meja makan kat rumah kami"
"Kaedah ni asalnya hanya untuk kami gunakan untuk anak kami je, Rizqi Nur Iman.
Rizqi ada masalah behavior yang sangat mencabar dan menguji kesabaran kami. Sampai lah satu hari tu, Allah swt ilhamkan satu kaedah dan kami cuba dulu secara manual di kertas.
Bermula dari hari tu, kami terus perbaiki kaedah ni sehingga lah ke hari ni. Perubahan Rizqi sangat luar biasa buat kami.
Dari manual di kertas, ia menjadi sempurna bila kami perbaiki menjadi lebih interaktif secara digital.
Alhamdulillah Good Rizqi kini dah berjaya bantu ribuan ibu bapa seluruh Malaysia.
Siapa sangka, idea yang asalnya dibuat di meja makan kami saja, berdua bersama isteri tercinta, kini menjadi sebuah jenama yang dikenali di Malaysia.
Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah swt."
Syafiq Baharin
31 Oktober 2019 •Founder Good Rizqi.
Facebook Disclaimer : This site and the products and services offered on this site is in no way sponsored, affiliated, endorsed or administered by, or associated with, Facebook. Nor have they been reviewed tested or certified by Facebook. Facebook is a registered trademark of Facebook, Inc. You understand that you are providing your information to Good Rizqi Marketing and not to Facebook. The information you provide will only be used by Good Rizqi Marketing.